Home Perniagaan MITI komited pastikan rantaian bekalan industri nasional terjamin
Perniagaan

MITI komited pastikan rantaian bekalan industri nasional terjamin

MITI komited pastikan rantaian bekalan industri nasional terjamin

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 14 Ogos– Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) komited memastikan rantaian bekalan industri nasional kekal berdaya tahan dan terjamin.

Kenyataan MITI memaklumkan terdapat keperluan untuk mewujudkan langkah-langkah pencegahan bagi menghadapi kemungkinan gangguan rantaian bekalan.

Justeru, MITI akan membangunkan platform yang berupaya meningkatkan kebolehkesanan untuk membina rantaian bekalan industri Malaysia yang berdaya tahan.

Platform sama juga membolehkan capaian berpusat kepada garis panduan,peluang pembiayaan dan program sokongan termasuk memperkukuh perkongsian ilmu dalam kalangan pemain industri.

Perkara itudiputuskan dalam Mesyuarat Majlis Pelaburan Negara (MPN) Keenam.

Ia juga hasil maklum balas dari sesi libat urus bersama industri dan penglibatan kerjasama dua hala serta pelbagai hala MITI.

Related Articles

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...

Perniagaan

Jualan MIHAS meningkat RM4.3 bilion tahun ini

Foto LivevarthaKUALA LUMPUR, 26 September- Pameran Halal Antarabangsa Malaysia (MIHAS) 2024 mencapai...