Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Miti fokus perkasa sektor pelaburan- Tengku Zafrul
Perniagaan

Miti fokus perkasa sektor pelaburan- Tengku Zafrul

Miti fokus perkasa sektor pelaburan- Tengku Zafrul

Menteri MITI, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz

KUALA LUMPUR, 7 Januari– Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) terus komited dalam memudahcara urusan pelabur domestik dan antarabangsa

Menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia dilihat terus menjadi destinasi pilihan pelabur dan ia dibuktikan menerusi pelaburan yang berjaya direkodkan negara.

Beliau berkata sembilan bulan pertama 2023 (Januari hingga September), Malaysia merekodkan jumlah pelaburan yang diluluskan sebanyak RM225 bilion.

\”Salah satu cabaran sepanjang 2024 untuk MITI adalah dari segi pelaburan dan kami akan mempercepatkan proses pelaburan dengan memudahcarakan semua urusan berkaitannya. Kita hendak mempercepatkan kelulusan serta mempermudahkan pelaburan dan kita perlu akui banyak lagi yang perlu ditambah baik,\” katanya.

Dalam pada itu, ketika ditanya mengenai unjuran perdagangan tahun ini, Tengku Zafrul berkata, MITI akan meneruskan misi perdagangan dan pelaburan bagi menarik lebih banyak pelaburan strategik walaupun berdepan cabaran ekonomi dan geopolitik global.

Katanya pada 2024 ekonomi global diakui bakal mencabar dan banyak isu geopolitik yang masih belum selesai di mana setiap negara mempunyai cabaran masing-masing termasuk Malaysia.

\”Oleh itu, dari segi perdagangan, MITI melihat ramai usahawan tempatan yang berjaya di Malaysia tetapi kita masih perlu beri bantuan untuk mereka ini turut berjaya di luar negara.

\”Saya akui ia bukan mudah kerana persaingan sengit dan pada masa sama usahawan tidak hanya berdepan dengan cabaran dari segi kewangan, malah pemasaran dan kapasiti bangunan,\” katanya ketika ditemui pemberita selepas membuat lawatan ke Moodafest 2024 di sini, hari ini.

Penganjuran karnival tersebut menghimpunkan pelbagai pilihan gerai jualan daripada vendor terkemuka dengan bertemakan Nostalgia Zaman Sekolah.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...