Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan MITI dan PAKEMA perhalusi justifikasi tambah jumlah kenderaan import terpakai
Perniagaan

MITI dan PAKEMA perhalusi justifikasi tambah jumlah kenderaan import terpakai

MITI dan PAKEMA perhalusi justifikasi tambah jumlah kenderaan import terpakai

Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berucap pada Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA

KUALA LUMPUR, 25 November- Kementerian Pelaburan Perdagangan dan Industri, MITI akan bekerjasama dengan Persatuan Pengimport dan Peniaga Kenderaan Melayu Malaysia, PAKEMA dalam memperhalusi justifikasi untuk menaikkan tahap jumlah kenderaan import terpakai.

Menurut menterinya, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz, justifikasi tersebut juga perlu dibincangkan bersama Kementerian Kewangan berdasarkan data-data terkini yang diperoleh.

\”Had 35,000 unit itu dimohon untuk ditingkatkan, contoh 50,000 unit kerana tahap yang ada sekarang sudah lebih 30 tahun dan tidak memberi gambaran apa yang telah berlaku dalam masa tahun ini,\”katanya.

Beliau berkata demikian selepas Mesyuarat Agung Tahunan PEKEMA.

Antara perkara yang dibincangkan dalam mesyuarat tersebut termasuk permohonan PEKEMA kepada MITI untuk menaikkan kenderaan import terpakai daripada 35,000 unit kepada 50,000 unit setahun.

Menurut Presiden PEKEMA, Datuk Mohamed Nazari Noordin, peningkatan kenderaan import tersebut akan memberi faedah kepada industri hiliran dan menambah penjanaan ekonomi melebihi RM2 billion setiap tahun, selain pertumbuhan dalam pasaran kenderaan negara.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...