Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan MITI beri fokus sektor pelaburan tahun hadapan – Tengku Zafrul
Perniagaan

MITI beri fokus sektor pelaburan tahun hadapan – Tengku Zafrul

MITI beri fokus sektor pelaburan tahun hadapan – Tengku Zafrul

Foto Livevartha

KUALA LUMPUR, 6 Disember- Malaysia merekodkan RM225 bilion jumlah pelaburan yang diluluskan bagi tempoh Januari 2023 hingga September 2023.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata ia merupakan pencapaian terbaik negara berbanding sedekad lalu.

Jelasnya, jumlah pelaburan diluluskan bagi sembilan bulan pertama tahun ini, mencatat peningkatan 6.6 peratus berbanding RM211.0 bilion pelaburan diluluskan dalam tempoh sama tahun lepas.

\”Daripada segi pekerjaan, pekerjaan yang bakal dicipta hampir 90,000 pekerjaaan dan daripada segi pelaburan langsung asing (FDI) dan pelaburan langsung domestik (DDI) juga sama, ini menunjukkan keyakinan pelabur domestik juga dari segi DDI. Pecahannya 56 peratus FDI dan 44 peratus DDI,\” kata Tengku Zafrul dalam sidang media Pengumuman Kad Laporan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) di sini.

Pencapaian itu juga bukti daya tarikan berterusan Malaysia sebagai destinasi pelaburan pilihan.

Ia sekali gus mencerminkan usaha sama Kerajaan MADANI untuk mengekalkan pelaburan demi kesejahteraan ekonomi negara.

Dalam pada itu, Tengku Zafrul berkataMITI akan turut melengkapkan rasionalisasi agensi penggalakkan pelaburan (IPA) menjelang Januari tahun 2024.

\”Daripada segi keutamaan pada 2024, MITI akan mempercepatkan proses pelaburan untuk mencapai sasaran ekonomi digital sebanyak RM130 bilion,\” katanya.

Tambahnya, MITI juga akan meneruskan misi perdagangan dan pelaburan bagi menarik lebih banyak pelaburan strategik.

Ia merangkumi beberapa industri seperti aeroangkasa, elektrikal dan elektronik kimia serta farmaseutikal.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...