Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Minat belian pacu Bursa malaysia Meningkat pada sesi awal
Perniagaan

Minat belian pacu Bursa malaysia Meningkat pada sesi awal

Minat belian pacu Bursa malaysia Meningkat pada sesi awal

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 5 Februari- Bursa Malaysia dibuka meningkat sedikit pada Isnin, dipacu oleh sokongan belian yang berterusan, kata penganalisis.

Pada 9.01 pagi ini, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) menokok 1.08 mata kepada 1,517.66 daripada 1,516.58 pada akhir dagangan Jumaat lepas.

Indeks petunjuk utama itu dibuka susut 0.67 mata pada 1,515.91.

Di pasaran meluas, kaunter untung mengatasi rugi iaitu 131 berbanding 116 manakala 210 kaunter tidak berubah; 1,779 tidak diniagakan dan 11 lain digantung dagangannya.

Jumlah dagangan sebanyak 78.64 juta unit bernilai RM21.62 juta.

Sementara itu, Malacca Securities dalam nota penyelidikannya menjangkakan sokongan belian terhadap bursa tempatan itu akan berterusan pada minggu ini.

\”Bagi tempoh itu, pasaran akan memantau Indeks Pengurus Pembelian (PMI) Perkhidmatan ISM Amerika Syarikat (AS) dan data tuntutan pengangguran pada Khamis,\” katanya.

Malah, Malacca Securities menyifatkan momentum REIT serta sektor pengangkutan dan logistik yang lebih baik pada minggu lepas diunjur dapat memacu belian berterusan minggu ini dengan REIT disokong oleh kadar dasar semalaman (OPR) yang stabil pada ketika ini.

\”Dalam pada itu, pemangkin dagangan lain seperti projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Kuala Lumpur-Singapura serta pelaburan di wilayah Johor akan mendorong sektor pembinaan, hartanah, utiliti dan bahan binaan,\” katanya.

Saham wajaran tinggi termasuk CIMB dan CelcomDigi masing-masing menambah dua sen kepada RM6.25 dan RM4.23, IHH Healthcare naik lima sen kepada RM6.15, Petronas Chemicals tidak berubah pada RM6.78, Maybank turun dua sen kepada RM9.32 dan Public Bank susut satu sen kepada RM4.42.

Bagi saham aktif, Sapura Energy dan Handal Energy naik setengah sen masing-masing kepada 5.0 sen dan 9.5 sen, KJTS menambah tujuh sen kepada 54.5 sen, TWL Holdings dan Bina Puri tidak berubah pada 4.0 sen dan 7.0 sen dan MAG Holdings turun setengah sen kepada 19.5 sen.

Di papan indeks pula, Indeks FBM Emas 7.60 naik 7.60 mata pada 11,256.33, Indeks FBMT 100 menokok 7.63 mata kepada 10,923.65, Indeks FBM 70 meningkat 9.91 mata kepada 15,156.11, Indeks FBM Emas Shariah meraih 5.66 mata kepada 11,274.49 dan Indeks FBM ACE menambah 13.81 mata kepada 4,712.02.

Bagi sektor, Indeks Hartanah turun 0.94 mata kepada 909.91, Indeks Perladangan berkurangan 6.63 mata kepada 7,162.58 dan Indeks Tenaga susut 2.99 mata kepada 877.97.

Selain itu, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 5.75 mata kepada 16,999.18 manakala Produk dan Perkhidmatan Perindustrian naik 0.36 mata kepada 172.23.- Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...