Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Mesyuarat Meja Bulat, PM bertemu lebih 30 pemimpin perniagaan Qatar
Perniagaan

Mesyuarat Meja Bulat, PM bertemu lebih 30 pemimpin perniagaan Qatar

Mesyuarat Meja Bulat, PM bertemu lebih 30 pemimpin perniagaan Qatar

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim menghadiri Mesyuarat Meja Bulat dengan pemain industri di Qatar / Foto JPM

DOHA, 13 Mei – Lebih 30 eksekutif dan pemimpin tertinggi perniagaan Qatar merebut peluang bertemu Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam Mesyuarat Meja Bulat yang berlangsung di Doha.

Kesempatan itu digunakan Perdana Menteri untuk meyakinkan mereka bahawa Malaysia boleh menjadi destinasi pelaburan pilihan serta rakan perdagangan kompetitif.

Syarikat terlibat kebanyakannya daripada sektor perkhidmatan, pembuatan dan pelaburan.

Antaranya, Estithmar Holding dan Baladna selaku antara syarikat terbesar Qatar berdasarkan modal pasaran.

Dalam sesi interaksi itu, Anwar meluangkan masa hampir satu jam berkongsi maklumat terkini mengenai keadaan ekonomi Malaysia selain ekosistem perniagaan negara.

Turut disentuh, Pelan Industri Perindustrian Baharu (NIMP) 2030 selaku inisiatif kerajaan menjadikan Malaysia sebagai negara peneraju sektor industri berteknologi tinggi.

Mesyuarat Meja Bulat yang dihoskan Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI) itu merupakan usaha agresif Malaysia dalam menarik lebih banyak pelaburan berkualiti tinggi ke Malaysia.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...