Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan MCS 2024 dijangka raih potensi dagangan, pelaburan RM2 bilion
Perniagaan

MCS 2024 dijangka raih potensi dagangan, pelaburan RM2 bilion

MCS 2024 dijangka raih potensi dagangan, pelaburan RM2 bilion

Martin Ang

KUALA LUMPUR, 15 Ogos-Sidang Kemuncak Malaysia-China (MCS) 2024 disasar meraih potensi dagangan dan pelaburan mencecah RM2 bilion.

Acara itu menjadi platform kepada ikatan strategik, selain membangunkan ekosistem perniagaan lebih kukuh, khususnya bagi syarikat pertengahan tempatan.

Jelas Presiden Konsortium Syarikat Pertengahan Malaysia, Martin Ang, ia sejajar misi pihaknya untuk menjadikan komuniti itu sebagai peneraju peringkat serantau dan global.

\”Saya lihat banyak peluang untuk perniagaan Malaysia meneroka pasaran China dan juga sebaliknya. Hubungan antara kedua-dua negara amat penting.

\”Selama ini Malaysia dan China telah bekerjasama rapat dan saya rasa sidang kemuncak ini satu lagi pencapaian buat kedua-dua negara,\” katanya kepada pemberita di sini.

Dijadual berlangsung dari 17 hingga 19 Disember ini, persidangan itu bakal dihadiri 500 peserta pameran dan 10,000 pelawat.

Bertemakan Kesejahteraan Melangkaui 50, sidang kemuncak itu turut menandakan sambutan ulang tahun ke-50 hubungan dua hala Malaysia-China.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...