Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Maybank semak naik unjuran ekonomi Malaysia kepada 5.2 peratus
Perniagaan

Maybank semak naik unjuran ekonomi Malaysia kepada 5.2 peratus

Maybank semak naik unjuran ekonomi Malaysia kepada 5.2 peratus

Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 19 Ogos– Maybank Investment Bank menyemak naik unjuran ekonomi Malaysia tahun ini kepada 5.2 peratus, daripada anggaran yang 4.7 peratus dikeluarkan Mei lalu.

Semakan semula berdasarkan prestasi ekonomi memberangsangkan bagi tempoh enam bulan pertama yang tumbuh pada 5.1 peratus.

Bank pelaburan itu menerusi nota penyelidikannya memaklumkan unjuran pertumbuhan ekonomi bagi tahun 2025, kekal pada 5.1 peratus.

Semakan semula untuk tahun 2024, turut melibatkan pertumbuhan pembentukan modal tetap kasar, berasaskan pelaburan swasta lebih kukuh seterusnya akan menyumbang kepada peningkatan dalam sektor pembinaan.

\”Unjuran naik itu turut mencerminkan realisasi pelaburan sektor swasta yang diluluskan sejak 2021.\”

\”Ia mendorong kepada kerancakkan aktiviti pembinaan terutama dalam pembangunan bukan kediaman seperti kilang, pusat data dan taman perindustrian,\” kata kenyataan itu.

Prestasi dan prospek pertumbuhan pelaburan dan pembinaan juga disokong kemajuan projek infrastruktur yang sedang berjalan dan jangkaan pelancaran projek baharu.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...