Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Maybank IB naikkan sasaran akhir tahun FBM KLCI kepada 1,680 mata
Perniagaan

Maybank IB naikkan sasaran akhir tahun FBM KLCI kepada 1,680 mata

KUALA LUMPUR, 6 Jun- Maybank Investment Bank Bhd; Maybank IB menyemak naik unjuran akhir tahun, indeks penanda aras FBM KLCI kepada 1,680 mata daripada 1,610 mata.

Menurut firma penyelidikan itu, semakan semula itu berdasarkan anggaran pertumbuhan pendapatan lebih tinggi dan pengurangan kadar faedah global.

Selain itu, butiran lanjut mengenai Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura dan pengukuhan ringgit akan turut menjadi pemangkin kepada prospek lebih positif.

Maybank IB menjangkakan hampir semua sektor akan merekodkan pendapatan lebih tinggi.

Untuk tempoh lima bulan pertama 2024, FBM KLCI mempamerkan prestasi menggalakkan dan antara pasaran berprestasi terbaik di rantau ini.

Daripada segi aliran dana, pelabur asing masih kekal sebagai penjual bersih berjumlah RM0.76 billion bagi Januari hingga Mei.

Namun, berbanding rakan serantau, jualan bersih ekuiti Malaysia adalah yang terendah.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...