Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Maybank IB kekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2024 Malaysia pada 4.4 peratus
Perniagaan

Maybank IB kekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2024 Malaysia pada 4.4 peratus

Maybank IB kekalkan unjuran pertumbuhan KDNK 2024 Malaysia pada 4.4 peratus

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 20 November- Maybank Investment Bank Bhd (Maybank IB) mengekalkan unjuran keluaran dalam negara kasar (KDNK) 2024 untuk Malaysia pada 4.4 peratus, disokong oleh pelbagai faktor domestik.

Firma penyelidikan itu menerusi nota penyelidikannya berkata perbelanjaan pengguna kekal berdaya tahan walaupun prospek inflasi lebih tinggi dengan mengambil kira dasar monetari yang stabil. Ini berdasarkan kadar dasar semalaman (OPR) yang kekal pada 3.00 peratus pada 2024 dengan kadar pengangguran 3.4 peratus pada 2024 berbanding 3.5 peratus pada 2023, katanya.

Faktor lain termasuk pemulihan sektor pelancongan dan momentum pertumbuhan pelaburan yang positif kerana lonjakan dalam pelaburan sektor swasta yang diluluskan sejak 2021 telah diterjemahkan kepada peningkatan pelaburan swasta sebenar dan direalisasikan.

Kemajuan dalam projek-projek infrastruktur utama yang sedang berjalan dan pelancaran projek-projek baharu pada tahun 2024, seperti LRT Pulau Pinang dan projek KVLRT3 yang sedang dijalankan akan memberikan dorongan tambahan kepada ekonomi.

Jangkaan pulihnya sektor teknologi tahun depan selepas kemerosotan tahun ini akan menyumbang kepada pertumbuhan KDNK, kata Maybank IB.

Dengan mengambil kira pertumbuhan KDNK sembilan bulan 2023 pada 3.9 peratus, firma penyelidikan itu berkata ia telah mengurangkan sedikit pertumbuhan KDNK sebenar 2023 kepada 3.9 peratus daripada 4.0 peratus.-Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...