Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Maybank catat peningkatan keuntungan bersih 9 peratus
Perniagaan

Maybank catat peningkatan keuntungan bersih 9 peratus

Maybank catat peningkatan keuntungan bersih 9 peratus

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli / Foto Bernama

KUALA LUMPUR, 29 Ogos – Maybank mencatatkan peningkatan keuntungan bersih sebanyak 9 peratus bagi separuh pertama tahun ini, dengan keuntungan selepas cukai dan kepentingan minoriti berjumlah RM5.02 bilion.

Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan, Datuk Khairussaleh Ramli berkata keuntungan sebelum cukai turut meningkat 7.2 peratus kepada RM6.89 bilion, didorong oleh pertumbuhan kukuh dalam pendapatan bukan faedah dan hasil fi teras yang lebih tinggi.

\”Pendapatan operasi bersih juga naik 9.4 peratus kepada kira-kira RM14.9 bilion, dengan pendapatan bukan faedah meningkat sebanyak 28.4 peratus,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas pengumuman Prestasi Kewangan Suku Kedua dan Separuh Pertama 2024, di sini pada Rabu.

Sementara itu, Pengerusi Kumpulan, Tan Sri Ir. Zamzamzairani Mohd Isa berkata prestasi kewangan kumpulan bagi enam bulan pertama 2024 mencerminkan komitmen Maybank terhadap kecemerlangan dan daya tahan dalam persekitaran pasaran yang tidak menentu.

Inisiatif strategik M25+ juga berada pada kedudukan yang baik untuk memanfaatkan peluang dan memacu pertumbuhan yang mampan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...