Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Matrade galak syarikat tempatan teroka peluang baharu di Laos
Perniagaan

Matrade galak syarikat tempatan teroka peluang baharu di Laos

Matrade galak syarikat tempatan teroka peluang baharu di Laos

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 28 Januari- Syarikat tempatan yang terlibat dalam pembinaan, kejuruteraan dan pengurusan projek harusmeneroka peluang baharu diLaos.

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (Matrade) berkata, ini selaras kerancakan landskap pembangunan semasa di Laos, terutamadalam sektor infrastruktur, pengangkutan dantenaga.

Kerajaan Laos menekankan usaha untuk memanfaatkan sempadan darat dengan Myanmar, Kemboja, China, Thailand dan Vietnam.

Inisiatif itu akan menyepadukan Laos dengan kalangan ekonomi lebih besar dalam zon kejiranannya secara keseluruhan.

Negara itu juga mahu melonjakkan eksport pertanian, barangan perkilangan dan elektrik ke negara jirannya selain menyaksikan peluang pertumbuhan luas susulan projek kereta api Laos-China.

Menerusi pejabat di Ho Chi Minh City, Matrade menyediakan maklumat dan pautan kepada syarikat Malaysia melalui pelbagai aktiviti seperti Program Penyumberan Antarabangsa (INSP).

Dewan Perniagaan Malaysia Laos turut berperanan sebagai platform bertukar maklumat dan pandangan serta aktif mempromosi perniagaan ahli dan mencipta rangkaian lebih besar.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...