Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan MATRADE bakal buka pejabat baharu di Karachi
Perniagaan

MATRADE bakal buka pejabat baharu di Karachi

MATRADE bakal buka pejabat baharu di Karachi

Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan membuka pejabat baharu di Karachi, Pakistan / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 25 Ogos – Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) akan membuka pejabat baharu di Karachi, Pakistan, sebagai sebahagian daripada tumpuan Malaysia terhadap pasaran yang sedang pesat membangun.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata Malaysia merancang untuk meningkatkan perdagangan dengan negara-negara seperti Afrika Selatan, Libya, Mesir, dan beberapa negara di Amerika Latin dalam bidang pertumbuhan utama.

Menurut beliau, MATRADE kini mempunyai 49 pejabat di seluruh dunia, dengan pejabat terkini dilancarkan di Singapura pada tahun ini.

Selain itu, agensi penggalakan perdagangan tersebut turut menaik taraf pejabatnya di Kaherah dan Paris.

Tengku Zafrul turut menyatakan bahawa Pejabat MATRADE di Karachi akan dibuka dalam masa terdekat.

Karachi merupakan hab komersial dan perkapalan utama Pakistan.

Perdagangan antara Malaysia dan Pakistan bernilai AS$1.4 bilion pada tahun 2023 dan telah melepasi AS$1 bilion dalam tempoh tujuh bulan pertama 2024, berdasarkan angka yang dikeluarkan oleh MATRADE.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...