Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan MATRADE anjur Hari Eksport 2024 di lima negeri
Perniagaan

MATRADE anjur Hari Eksport 2024 di lima negeri

MATRADE anjur Hari Eksport 2024 di lima negeri

Pengerusi MATRADE, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican

KUALA LUMPUR, 2 Julai- Perbadanan Pembangunan Perdagangan Luar Malaysia (MATRADE) jalin kerjasama dengan lima kerajaan negeri bagi menganjurkan Hari Eksport 2024.

Acara itu bertujuan memperkasa usahawan Perusahaan Mikro, Kecil dan Sederhana tempatan meneroka pasaran global.

Menerusi kenyataan Pengerusinya, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican, Hari Eksport tahun ini bermula di Melaka, disusuli beberapa lokasi lain di Pulau Pinang, Kuala Lumpur, Sarawak dan Perak.

Melalui kerjasama strategik itu, lebih ramai usahawan pengeksport akan menjadi penggerak ekonomi selain memperkenalkan produk dan perkhidmatan berkualiti ke pasaran dunia.

Program Hari Eksport 2024 menampilkan beberapa sesi perbincangan dan perkongsian pengalaman bersama pengeksport berjaya di negeri masing-masing.

Maklumat lanjut mengenai Hari Eksport 2024 layari laman sesawang MATRADE atau media sosial MATRADEHQ.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...