Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan MAS, HUAWEI jalin kerjasama perluas pasaran pelancongan China, merevolusi landskap digital
Perniagaan

MAS, HUAWEI jalin kerjasama perluas pasaran pelancongan China, merevolusi landskap digital

MAS, HUAWEI jalin kerjasama perluas pasaran pelancongan China, merevolusi landskap digital

Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi

KUALA LUMPUR, 23 Jun- Malaysia Airlines dan Huawei menjalin kerjasama strategik bagi merevolusikan landskap digital syarikat penerbangan dan memperluaskan pasaran pelancongan China.

Menerusi kenyataan, syarikat penerbangan itu berkata, menerusi kerjasama ini, ia dapat mengetahui citarasa pengembara dengan lebih dalam dan menganalisis pasaran dengan lebih berkesan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Aviation Group (MAG), Ahmad Luqman Mohd Azmi, kerjasama tersebut membolehkan pihaknya bergabung tenaga dalam memanfaatkan keupayaan digital bagi meluaskan jangkauannya, sekali gus memberikan pengalaman yang baik kepada pelanggan dan penyelesaian inovatif sesuai dengan keperluan pasaran.

Manakala Pengarah Pertumbuhan Perniagaan Perkhidmatan Awan Huawei, Vincent Wen berkata, pihaknya menawarkan kepakaran dalam infrastruktur telekomunikasi dan penyelesaian digital serta pemahamannya dalam pasaran China.

Justeru gabungan kepakaran kedua-dua pihak memanfaatkan kehebatan teknologi, kepakaran pasaran dan peluang menerajui landskap pelancongan China.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...