Sunday , 22 December 2024
Home Perniagaan Malaysia yakin jadi kuasa besar semikonduktor serantau
Perniagaan

Malaysia yakin jadi kuasa besar semikonduktor serantau

Malaysia yakin jadi kuasa besar semikonduktor serantau

Tengku Datuk Seri Zafrul ditemui media selepas Pelancaran SEMICON Asia Tenggara 2024

KUALA LUMPUR, 28 Mei- Menerusi asas kukuh dalam semikonduktor, Malaysia yakin dapat menjadi sebagai kuasa besar sektor ini dan hab pembuatan serantau.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata, ia dapat dicapai dengan menarik lebih banyak lagi pelaburan sekali gus memacu nilai rantaian global.

\”18 bulan yang lalu, Malaysia telah menarik perhatian beberapa syarikat elektronik terbesar dan canggih di dunia termasuk industri gergasi seperti Intel, GlobalFoundries, Infineon, Neways dan lain-lain. Ia meningkatkan lagi rantaian bekalan dan akses pasaran,\”katanya.

Beliau yang bercakap kepada media selepas Pelancaran SEMICON Asia Tenggara 2024 turut menambah, pendirian tegas Malaysia mengenai neutraliti geopolitik dan diplomasi pelaburannya yang cekap, meningkatkan lagi daya tarikan sebagai hab semikonduktor global.

Selain, mempunyai kekuatan bertaraf dunia dari segi kemudahan pembuatan, pusat penyelidikan dan pembangunan yang inovatif serta tenaga kerja berkemahiran tinggi.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...