Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Malaysia sedia terajui inisiatif kerjasama ADFIMI; tangani isu keselamatan makanan serantau
Perniagaan

Malaysia sedia terajui inisiatif kerjasama ADFIMI; tangani isu keselamatan makanan serantau

Malaysia sedia terajui inisiatif kerjasama ADFIMI; tangani isu keselamatan makanan serantau

Mesyuarat Agung Lembaga ADFIMI dianggotai 42 ahli dari kalangan negara Bank Pembangunan Islam; IsDB

RIYADH, 28 April- Malaysia sedia menerajui inisiatif bagi menggalakkan kerjasama antara ahli Persatuan Institusi Kewangan Pembangunan Nasional di Negara Anggota Bank Pembangunan Islam (ADFIMI).

Naib Pengerusinya, Datuk Tengku Ahmad Badli Shah Raja Hussin berkata, ini termasuk meneroka perkongsian strategik dua hala serta pelbagai hala bagi menangani isu keselamatan makanan serantau.

Negara ahli boleh memanfaatkan kepakaran masing-masing bagi menggalakkan kemasukan pelaburan atau melaksanakan kaedah pelaburan berbalik untuk projek pertanian strategik

“Pelaburan berbalik maksudnya, syarikat Malaysia boleh melabur di pelbagai negara dalam kalangan kumpulan IsDB yang boleh menghasilkan sumber makanan yang diperlukan dan dijamin untuk tujuan import ke Malaysia.

\”Pelaburan berbalik ini telah dimulakan di banyak negara yang menyaksikan syarikat terlibat melabur di lokasi yang berintensifkan buruh, pengeluaran yang murah dan iklim sesuai untuk menghasilkan makanan,” jelasnya.

Tambahnya, model pembiayaan inovatif juga boleh diketengahkan bagi menyokong pertanian mampan dan projek berkaitan keselamatan makanan.

Cadangan itu antara yang dibincangkan dalam mesyuarat Lembaga ADFIMI dianggotai 42 ahli dari kalangan negara Bank Pembangunan Islam; IsDB.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...