Saturday , 21 September 2024
Home Perniagaan Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar dunia pada 2023
Perniagaan

Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar dunia pada 2023

Malaysia kekal pengeksport LNG kelima terbesar dunia pada 2023

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 29 Jun- Malaysia mengekalkan kedudukannya sebagai pengeksport gas asli cecair (LNG) kelima terbesar pada 2023, selepas Rusia, Qatar, Australia dan Amerika Syarikat.

Menurut laporan tahunan ke-15 World LNG Report 2024, yang dikeluarkan oleh Kesatuan Gas Antarabangsa (IGU), jumlah eksport LNG Malaysia pada 2023 ialah sebanyak 26.75 juta tan.

Presiden Persatuan Gas Malaysia (MGA)Abdul Aziz Othman berkata ,pihaknya mengiktiraf peranan penting LNG yang akan ditekankan dalam pelan hala tuju peralihan tenaga Malaysia, yang menjangka permintaan gas meningkat daripada 43 peratus kepada 56 peratus menjelang 2050.

Unjuran kenaikan tersebut menekankan perlunya untuk pemain industri LNGbersedia sepenuhnya bagi memenuhi jangkaan yang semakin meningkat.

Beliau berkata pada masa hadapan, MGA sangat menyokong aspirasi kerajaan untuk pasaran gas yang diliberalisasi sepenuhnya, termasuk sektor tenaga.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...