Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Malaysia jangka peluang perdagangan, pelaburan luas dengan UAE- Zafrul
Perniagaan

Malaysia jangka peluang perdagangan, pelaburan luas dengan UAE- Zafrul

(FOTO FB Anwar Ibrahim)

ABU DHABI, 6 Oktober– Posisi Emiriah Arab Bersatu (UAE) selaku rakan dagang Malaysia di Asia Barat dilihat mampu meningkatkan peluang perdagangan dan pelaburan kedua-dua negara, kata Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz.

Tambahnya kedudukan UAE sebagai pelabur terbesar di Malaysia dari rantau Asia Barat dan kedua terbesar dalam kalangan negara anggota Pertubuhan Kerjasama Islam dilihat sangat signifikan sebagai laluan negara menembusi pasaran di rantau ini.

\”Sehingga kini, pelaburan yang dilaksanakan dari UAE berjumlah sehingga US$388.8 juta (RM1.48 bilion) dalam pelbagai projek pembuatan di Malaysia,” katanya pada pertemuan meja bulat antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan pemimpin industri di UAE pada Khamis.

Hadir sama ialah Menteri Luar, Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir dan Menteri Negeri bagi Perdagangan Asing UAE Dr Thani Ahmed Al Zeyoudi.

Asean menawarkan potensi besar berikutan mempunyai penduduk sebanyak 678 juta dan kombinasi Keluaran Dalam Negara Kasar berjumlah US$3.7 trilion pada 2022.


(Pertemuan meja bulat antara Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan kumpulan
pemimpin industri di UAE pada Khamis)

 

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...