Wednesday , 25 December 2024
Home Perniagaan Malaysia di landasan tepat catat pertumbuhan KDNK 2023 pada 4%
Perniagaan

Malaysia di landasan tepat catat pertumbuhan KDNK 2023 pada 4%

Malaysia di landasan tepat catat pertumbuhan KDNK 2023 pada 4%

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 8 November- Malaysia berada di landasan tepat untuk mencatatkan pertumbuhan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) 4 peratus tahun ini.

Manakala untuk tahun 2024, 4.5 peratus.

AmBank dalam nota penyelidikannya memaklumkan, ia berdasarkan penurunandalam Indeks Pengeluaran Perindustrian; IPP September.

AmBank berkata, pengeluaran pembuatan dijangka kekal di bawah tekanan dalam tempoh terdekat, berpandukan Indeks Pengurus Pembelian (PMI) pembuatan yang terus mengalami kemerosotan.

Keadaan dijangka bertambah baik pada 2024, selari unjuran Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) terhadap peningkatan eksport global.

Semakan semula unjuran KDNK 2024China oleh TabungKewangan Antarabangsa (IMF) turut menawarkan harapan untuk aktiviti pembuatan yang lebih baik.

Bagaimanapun, risiko geopolitik yang semakin meningkat dan tempoh kadar faedah tinggi yang berpanjangan antara faktor risiko utama yang boleh menjejaskan prospek berkenaan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...