Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Malaysia-China meterai tiga MOU bernilai RM19.84 bilion
Perniagaan

Malaysia-China meterai tiga MOU bernilai RM19.84 bilion

NANNING, 17 September- Tiga memorandum persefahaman (MOU) bernilai RM19.84 bilion ditandatangani antara Malaysia dan China bersempena Ekspo China-Asean ke-20 (CAEXPO 20).

MOU pertama, bernilai RM15 bilion itu ditandatangani antara Citaglobal Berhad dan Shanghai Sus Environment untuk meneroka potensi kerjasama membangunkan sisa kepada loji tenaga tenaga terutamanya di Malaysia.

RM2.34 billion pula dimenterai antara PM Access World dan Beibu Gulf Port Group, yang melibatkan pergudangan dan kerjasama logistik antara kedua-dua syarikat dalam menyokong Koridor Perdagangan Darat-Laut Antarabangsa Baharu.

Ia untuk menggalakkan kerjasama ekonomi dan perdagangan antara Guangxi dan Malaysia.

Manakala MOU bernilai RM2.5 billion pula ditandatangani antara Sime Darby Oils International berhad dan Guangxi Beibu Gulf International Port Group untuk membina pusat perdagangan dan pengedaran minyak sawit di Qinzhou, dengan anggaran jumlah urus niaga tahunan sebanyak 500 ,000 tan.

MOU disaksikan Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Turut hadir  Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, Timbalan Menteri Pertanian dan Keselamatan Makanan Chan Foong Hin, Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan Nga Kor Ming dan Menteri Luar Negeri, Datuk Mohamad Alamin.

Perdana Menteri berada di Nanning, China untuk lawatan kerja sehari CAEXPO 20 dan Sidang Kemuncak Perniagaan dan Pelaburan China-Asean (CABIS).


(Citaglobal Berhad dan Shanghai Sus Environment meterai perjanjian bernilai RM15 bilion)

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...