Thursday , 5 December 2024
Home Perniagaan Malaysia cadang pertingkat, perkukuh sumbangan AIIB
Perniagaan

Malaysia cadang pertingkat, perkukuh sumbangan AIIB

(FOTO HIASAN)

KUALA LUMPUR, 27 September – Malaysia mencadangkan supaya Bank Pelaburan Infrastruktur Asia (AIIB) menerapkan mekanisme pembiayaan yang inklusif serta memenuhi keperluan khusus negara-negara membangun.

Kenyataan Malaysia itu disampaikan oleh Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan semasa Meja Bulat Perniagaan Gabenor pada Isnin 25 September, 2023.

Program itu diadakan pada mesyuarat tahunan AIIB yang berlangsung dari 25 hingga 26 Sept, 2023 di Sharm El-Sheikh, Mesir.

Beliau turut menyatakan pendirian Malaysia supaya AIIB meneroka pilihan pembiayaan alternatif seperti geran dan mekanisme kewangan campuran, selaras dengan prinsip perkongsian risiko yang saksama dalam kewangan Islam, menurut kenyataan Kementerian Kewangan (MOF) di sini, pada Rabu.

(Timbalan Menteri Kewangan I, Datuk Seri Ahmad Maslan / FOTO FAIL)

MOF menjelaskan ini dapat menggantikan model pembiayaan awam seperti pinjaman penuh untuk membantu negara-negara membangun menerima pakai amalan mesra iklim.

Usaha ini akan mempercepat peralihan negara tersebut ke arah ekonomi rendah karbon, tambahnya.

Menurut MOF tambahan lagi, masyarakat yang terkesan dengan perubahan iklim akan menerima manfaat melalui strategi adaptasi yang dapat mengurangkan risiko dan bahaya iklim seperti banjir, tanah runtuh atau ribut taufan.

Mesyuarat tahunan kali kelapan bertemakan Sustainable Growth in a Challenging World (Pertumbuhan Kemampanan dalam Dunia yang Mencabar) itu diadakan buat kali pertama di benua Afrika serta secara fizikal selepas pandemik.

AIIB dianggotai oleh 107 negara anggota dan berfungsi sebagai bank pembangunan multilateral yang bertujuan menyokong pembangunan ekonomi mampan, di samping menggalakkan kerjasama serantau dalam menangani isu dan cabaran pembangunan negara anggota.

Malaysia menganggotai AIIB pada 2016.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...