Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Malaysia berupaya sebagai pembekal, perkhidmatan industri EV di rantau Asean
Perniagaan

Malaysia berupaya sebagai pembekal, perkhidmatan industri EV di rantau Asean

Malaysia berupaya sebagai pembekal, perkhidmatan industri EV di rantau Asean

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz (tiga, kiri) bergambar bersama kereta elektrik yang baharu dilancarkan UMW Toyota Motor di MRANTI Park Teknologi Malaysia

KUALA LUMPUR, 20 Februari – Malaysia mempunyai pelbagai kelebihan dan berupaya sebagai hab pembekal dan perkhidmatan kenderaan elektrik (EV) di rantau Asean.

Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Tengku Datuk Seri Zafrul Tengku Abdul Aziz berkata faktor itu harus dipertimbang syarikat pengeluar EV yang mempunyai kilang pengeluaran di negara ini.

\”Selain lokasi strategik, penguasaan bahasa Inggeris yang kukuh, infrastruktur yang baik dan kedaulatan undang-undang, kami juga mempunyai Industri Elektrik & Elektronik (E&E) yang mantap, menyalurkan tenaga ke industri lain termasuk aeroangkasa dan tenaga boleh diperbaharui dan EV,\” katanya.

Beliau berkata demikian dalam ucap tama pada majlis memperkenalkan inisiatif Beyond Zero UMW Toyota Motor Sdn Bhd (UMW Toyota) di MRANTI Park Teknologi Malaysia, di sini.

Tambah Tengku Zafrul, pasaran EV Asean dijangka berkembang pada kadar pertumbuhan tahunan terkumpul sekitar 33 peratus daripada AS$500 juta pada 2021 kepada AS$2.7 bilion menjelang 2027.

Beliau berkata, di peringkat domestik, industri automotif mencatat prestasi kukuh pada 2023 dengan jumlah keseluruhan industri mencecah hampir 800,000 unit.

Penggunaan EV pula katanya meningkat daripada 2.77 peratus pada 2022, kepada 4.12 peratus pada 2023.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...