Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Malaysia berjaya raih pelaburan bernilai RM132.6 bilion lebih 60% sasaran awal
Perniagaan

Malaysia berjaya raih pelaburan bernilai RM132.6 bilion lebih 60% sasaran awal

(Foto hiasan)

KUALA LUMPUR, 13 Oktober –Malaysia kekal sebagai destinasi pilihan pelabur asing apabila pada separuh pertama 2023, berjaya meraih pelaburan diluluskan bernilai RM132.6 bilion iaitu melebihi 60 peratus daripada sasaran tahun ini.

“Pencapaian ini merangkumi RM63.3 bilion pelaburan langsung asing melibatkan keseluruhan 2,651 projek dan dijangka menghasilkan lebih 51,000 peluang pekerjaan,” kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar ketika membentangkan Rang Undang-Undang Perbekalan 2024 di Dewan Rakyat bertemakan Reformasi Ekonomi, Memperkasa Rakyat.

Tambahnya, Malaysia juga kekal sebagai destinasi tumpuan pelancong. Setakat Ogos 2023 menyaksikan ketibaan pelancong asing hampir 13 juta pelancong, iaitu lebih tiga kali ganda ketimbang (berbanding) tahun lalu.

“Indikator-indikator inilah yang sebenarnya merupakan kekuatan hakiki negara. Insya-Allah, dengan itu prestasi ekonomi akan terus pulih meski kita menghadapi tantangan (cabaran) ringgit,” kata perdana menteri yang mengungkapkan Belanjawan 2024 sebagai Belanjawan MADANI Kedua.

Menurut Anwar lagi, pada Ogos 2023, kadar inflasi direkodkan hanya 2 peratus iaitu antara terendah di rantau ini malah lebih baikberbanding negara ekonomi maju.

\”Kendatipun kebergantungan makanan import masih tinggi, tekad dan kesungguhan semua pihak berjaya meredakan inflasi secara beransur-ansur setiap bulan,\” jelasnya.

Berdasarkan prestasi itu, ekonomi domestik Malaysia dilaporkan akan terus kukuh, menjengah usia hampir setahun, pimpinan Kerajaan Perpaduan yang katanya akan sedaya upaya menjelmakan semula kekuatan watan.

Tambahnya, meskipun ekonomi Malaysia berada di landasan tepat, “kita tidak harus mendabik dada dan terlalu cepat berpuas hati. Perlu diakui bahawa situasi ekonomi global yang mencengkam telah menempiasi prestasi ekonomi kita”.

Menurut perdana menteri, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada suku kedua 2023 mencatat pertumbuhan lebih sederhana sebanyak 2.9 peratus berbanding 5.6 peratus pada suku pertama 2023.

Secara keseluruhan, Malaysia mencapai pertumbuhan separuh pertama 2023 sebanyak 4.2 peratus.

“Pencapaian ini cerminan permintaan eksport yang lebih perlahan selain dampak asas yang tinggi pada suku kedua tahun lalu. Seiring realiti perkembangan ini, pertumbuhan KDNK bagi tahun 2023 harus diunjur semula kepada sekitar 4 peratus,” kata Anwar.

Berhubung kadar pengangguran, angka berjayadikurngkan kepada kadar 3.4 peratus setakat Ogos 2023; iaitu terendah hampir menyamai kadar sebelum COVID-19 (3.3 peratus).


(Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim bersiap ke Parlimen membentang
Belanjawan MADANI 2024/Foto FB Anwar Ibrahim)

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...