Home Perniagaan Malaysia azam jadi 'jambatan' perdagangan antarabangsa
Perniagaan

Malaysia azam jadi 'jambatan' perdagangan antarabangsa

Malaysia azam jadi 'jambatan' perdagangan antarabangsa

Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berucap pada Majlis Makan Malam Gala Dewan Perniagaan dan Industri Perancis Malaysia

KUALA LUMPUR, 3 November- Kerajaan ingin mewujudkan Malaysia sebagai kuasa pertengahan dunia dalam arena perdagangan.

Ini membolehkan negara berdagang secara terbuka dengan sebanyak mungkin negara dan menjadikan Malaysia sebagai hab dagang di peringkat antarabangsa.

Timbalan MenteriPelaburan, Perdagangan dan Industri, Liew Chin Tong berkata walaupun mengakui ia bukan mudah, Malaysia mahu menjadi negara penghubung di peringkat antarabangsa.

Beliau turut menyatakan Asia Tenggara perlu memainkan peranan dalam meningkatkan pertumbuhan untuk kesejahteraan rakyat di negara-negara tersebut.

Beliau berkata demikian dalam Majlis Makan Malam Gala Dewan Perniagaan dan Industri Perancis Malaysia di ibu negara.

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

Kurang pemangkin baharu, Bursa Malaysia dibuka rendah

BURSA MALAYSIAKUALA LUMPUR, 27 September- Bursa Malaysia memulakan dagangan Jumaat dengan lebih...