Home Perniagaan Malaysia Autoshow 2024 catat potensi jualan RM1.4 bilion
Perniagaan

Malaysia Autoshow 2024 catat potensi jualan RM1.4 bilion

Malaysia Autoshow 2024 catat potensi jualan RM1.4 bilion

Malaysia Autoshow 2024

KUALA LUMPUR, 29 Mei- Malaysia Autoshow 2024 mencatatkan potensi jualan bagi pengeluar peralatan asal (OEM) berjumlah RM1.4 bilion.

Pameran yang berlangsung selama enam hari dari21 hingga 26 Mei lepas di Taman Ekspo Pertanian Malaysia (MAEPS), Serdang ituturut mencatat sebanyak 2,620 tempahan kenderaan dan lebih 13,000 potensi jualan keseluruhan.

Ketua Pegawai EksekutifInstitut Automotif, Robotik dan IoT Malaysia (MARii), Azrul Reza Aziz menerusi kenyataan berkata, sejumlah 15 memorandum persefahaman dan memorandum perjanjian juga ditandatangani melibatkan pemain industri.

Ia turut mencerminkankeyakinan peserta industri terhadap Malaysia Autoshow 2024 menerusi 47produk yang dilancarkan sepanjang pameran berkenaan, sekali gus menjadiplatform yang berpotensi menjangkau pengguna tempatan dan serantau.

Pameran berkenaan juga telah menarik kehadiran lebih 223,000 pengunjung iaitu melepasi rekod penganjuran terdahulu.

Justeru,Azrul Reza menjangkakanpameran tahun hadapan akan menampilkan elemen yang lebih menarik dan berbeza sejajar peranan Malaysia sebagai pengerusi ASEAN 2025.

Malaysia Autoshow 2024 menyaksikan peneraju automotif global menampilkan pelbagai kenderaan dan motorsikal dari Amerika Syarikat, China, Europe, Jepun dan Malaysia dengan teknologi terkini.

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM)...