Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Malaysia Airlines lancar MHplus secara global
Perniagaan

Malaysia Airlines lancar MHplus secara global

Malaysia Airlines lancar MHplus secara global

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 22 Januari- Platform Keupayaan Pengedaran Baharu (NDC), MHplus, telah dilancarkan secara global untuk meningkatkan daya komunikasi dan kerjasama yang lebih erat antara Malaysia Airlines dengan rakan dagangnya dalam pasaran utama.

Syarikat penerbangan itu melalui satu kenyataan berkata MHplus akan tersedia dalam enam negara seperti Malaysia, Indonesia, India, Australia, Singapura dan United Kingdom, berkuat kuasa 23 Januari 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif untuk Syarikat Penerbangan Malaysia Aviation Group (MAG) Ahmad Luqman Mohd Azmi memberitahu sejak penubuhan MHplus, rakan kongsi perintisnya telah menikmati akses tanpa had kepada semua kandungan dalam saluran pengedaran yang tersedia melalui saluran peruncitan moden MHplus.

“Ini bukan sahaja memperkasakan mereka dengan tawaran yang diperibadikan dan dibuat khusus tetapi juga mampu memastikan pengalaman tempahan yang lancar untuk semua yang terlibat.

“Kami teruja untuk mengembangkan capaian serta keupayaan MHplus, dengan memastikan peluang yang sama kepada rakan kongsi kami di seluruh pasaran utama kami,” katanya.

Sementara itu, dengan permulaan pelancaran globalnya, Malaysia Airlines berkata bahawa sebahagian besar daripada kandungan sedia ada akan disediakan secara eksklusif kepada peruncit pelancongan dan Perbadanan Pengurusan Perjalanan (TMC) yang menggunakan MHplus, memastikan proses penghantaran yang diperkemas merentas rantaian pengedaran industri pelancongan.

Ia menambah bahawa ejen yang mendaftar dengan MHplus turut menikmati faedah seperti akses kepada semua kandungan pengedaran, tawaran yang dipertingkatkan seperti elaun bagasi percuma 10kg dengan \’Lite Fare\’ syarikat penerbangan itu, tambang yang sangat kompetitif termasuk komisen yang layak untuk produk sampingan dan banyak lagi.

NDC ialah program yang disokong industri pelancongan oleh Persatuan Pengangkutan Udara Antarabangsa (IATA), yang membolehkan syarikat penerbangan memodenkan kaedah mereka menjual produk kepada ejen pelancongan dan pengembara.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...