Wednesday , 16 October 2024
Home Perniagaan LTSAAS sasar raih lapan juta penumpang setahun menjelang 2030 menerusi pelan SARP
Perniagaan

LTSAAS sasar raih lapan juta penumpang setahun menjelang 2030 menerusi pelan SARP

LTSAAS sasar raih lapan juta penumpang setahun menjelang 2030 menerusi pelan SARP

Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd, Randhill Singh

SUBANG, 20 Mac– Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah (LTSAAS) dijangka meraih lapan juta penumpang setahun menjelang 2030, menerusi Pelan Penjanaan Semula Lapangan Terbang Subang (SARP).

Ketua KLIA Aeropolis Sdn Bhd, Randhill Singh berkata pelan itu bertujuan memaksimumkan nilai ekonomi lapangan terbang berkenan dan kawasan sekitarnya melalui pelbagai strategi pembangunan.

\”Untuk lapangan terbang bandar raya, projek interim akan menggandakan kapasiti dari 1.5 kepada 3 juta penumpang. Fasa pembangunan akan datang meningkat kepada 5 juta penumpang hingga mencapai 8 juta akhir dekad ini.

\”Untuk penerbangan perniagaan, keutamaan kami adalah memastikan kami mempunyai blok hangar mencukupi,\” katanya kepada pemberita selepas taklimat SARP, di sini.

Tambah Randhill, pelan sama dijangka menjana RM200 bilion dengan nilai tambah lebih RM90 billion dalam tempoh 25 tahun serta mewujudkan 8,000 peluang pekerjaan.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...