Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Lonjak penyertaan ekonomi bumiputera, tiga agensi dijajar semula
Perniagaan

Lonjak penyertaan ekonomi bumiputera, tiga agensi dijajar semula

Lonjak penyertaan ekonomi bumiputera, tiga agensi dijajar semula

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli

CYBERJAYA, 20 Mei – Tiga agensi di bawah seliaan Kementerian Ekonomi dijajar semula bagi memperkasa dan melonjakkan penyertaan ekonomi bumiputera secara strategik, mampan dan berkesan.

Tiga agensi berkenaan ialah Unit Peneraju Agenda Bumiputera (TERAJU), Yayasan Peneraju (YP) dan Ekuiti Nasional Berhad (Ekuinas).

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata ketiga-tiga agensi berkenaan akan memainkan peranan yang khusus dalam ekosistem keusahawanan bumiputera.

\”Jadi anda bermula dari awal, kemudian syarikat awal itu mereka ada ekosistem di dalam TERAJU dan sebelum mereka pergi ke penyenaraian saham dia ada satu langkah lagi ke Ekuinas.

\”Jadi bila kita buat saluran begini dengan memberi fokus kepada syarikat-syarikat yang berdaya tahan ini, harapan kita selain daripada penstrukturan ekonomi yang lain, untuk bumiputera ini kita boleh menggandakan calon-calon syarikat bumiputera yang berdaya tahan untuk disenaraikan pada masa akan datang,\” katanya pada Pembentangan Hala Tuju Baharu tiga agensi berkenaan, di sini.

Tambah Rafizi, menerusi penjajaran semula ini, YP memberi fokus terhadap pembangunan bakat bagi meningkatkan kelas pencipta nilai bumiputera.

Teraju pula akan bertindak sebagai pemangkin pertumbuhan serta memperluas skala syarikat kepada tahap lebih tinggi dan kompetitif di arena global.

Manakala Ekuinas berperanan memacu penciptaan kekayaan dan penglibatan Bumiputera melalui ekuiti korporat.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...