KUALA LUMPUR, 21 Oktober- LONGi Malaysia mengadakan majlis pecah tanah semalam untuk loji baharunya yang bernilai RM1.3 bilion.
Loji tersebut terletak di tapak seluas 125 ekar di Taman Perindustrian Samalaju (SIP), Bintulu, Sarawak.
Melalui kenyataan bersama, MIDA dan LONGi memaklumkan pelaburan besar untuk loji tersebut untuk menekankan kedudukan Malaysia sebagai hab utama untuk pembuatan ekosistem solar yang komprehensif.
Usaha perintis LONGi akan menjadi contoh yang baik kepada seluruh industri sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan dan kejayaan secara keseluruhan.
SIP dipilih kerana berdekatan dengan pembekal bahan mentahnya dan pelabuhan laut dalam serta tanah perindustrian yang mampu milik dan bersaiz besar.
(FOTO LONGi, MIDA)