Friday , 15 November 2024
Home Perniagaan Lima Institusi kewangan sedia dana pembiayaan RM2.67 bilion perkasa industri halal
Perniagaan

Lima Institusi kewangan sedia dana pembiayaan RM2.67 bilion perkasa industri halal

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi/FOTO RTM

LONDON, 28 Oktober – Lima institusi kewangan bersedia untuk memberikan dana pembiayaan bernilai RM2.67 billion dalam usaha memperkasa dan mengukuhkan industri halal tempatan bermula awal Januari tahun hadapan.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi memaklumkan, ia juga sebagai pemangkin untuk sektor berkenaan berkembang ke peringkat pasaran global.

\”Pembiayaan ini mesti mempunyai beberapa pendekatan terutama dari segi akses pembiayaan dan ia jangan hanya terikat kepada soal \’collateral\’ (cagaran).

\”Yang penting ialah soal bagaimana pasaran yang ditembusi itu dapat menjalin memorandum perjanjian dengan pengedar di peringkat antarabangsa dan itu harus dijadikan sebagai sandaran,\” katanya selepas menyampaikan ucaptama dan menyempurnakan Majlis Perasmian Persidangan Perniagaan Halal Dunia WHBC 2023 di sini.

Persidangan tersebut berlangsung selama dua hari dan dihadiri oleh pemain industri halal tempatan dan dari negara luar.

Sementara itu, Zahid urut mengumumkan kerjasama baharu antara Halal Development Corporation Berhad (HDC) dan Majlis Pensijilan Minyak Sawit Malaysia (MPOCC) bagi mewujudkan ekosistem halal yang lebih mapan.

\”Kita mesti lebih proaktif dalam mewujudkan produk akhir yang akan pergi terus kepada pengguna dan dalam hal ini, saya fikir bukan hanya soal MPOCC tetapi juga MPOB (Lembaga Minyak Sawit Malaysia) dan agensi lain harus meneroka bersama.

\”Yang penting bukan memasarkan produk ini kepada pasaran sedia ada tetapi kita perlu meneroka pasaran yang sedang membangun serta mendakapi pasaran yang lebih luas,\” katanya.

Melalui kerjasama berkenaan, Malaysia berada pada landasan yang tepat dalam mewujudkan ekosistem dengan amalan yang beretika serta mesra alam sekitar.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...