KUALA LUMPUR, 13 Februari- LGMS Berhad memperkenal penyelesaian berasaskan langganan yang menyasarkan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) sebagai model perolehan baharu kepada syarikat.
Firma pakar runding keselamatan siber itu memaklumkan pelancaran penyelesaian StarSentry itu dijangka pada suku kedua tahun ini.
Penyelesaian inovatif tersebut direka untuk membolehkan PKS meningkatkan langkah keselamatan siber dengan mudah dan berkesan.
Menerusi reka bentuk pasang dan pakai, StarSentry diintegrasikan dengan lancar ke rangkaian pengguna, menganalisis secara automatik semua peranti yang disambungkan untuk mengesan kerentanan.
Pendekatan proaktif itu dijangka dapat meningkatkan piawaian keselamatan siber PKS Malaysia.