Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial – MITI
Perniagaan

Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial – MITI

Laporan Tesla batal pengeluaran di Asia Tenggara mungkin keputusan komersial – MITI

Foto REUTERS

KUALA LUMPUR, 8 Ogos- Laporan media Thailand mengenai hasrat Tesla Inc (Tesla) membatalkan rancangan pengeluarannya di Asia Tenggara mungkin satu keputusan komersial operasinya di peringkat global, kata Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).

Jurucakap MITI berkata tindakan pengeluar kenderaan elektrik (EV) global itu bagaimanapun tidak mencerminkan pembaharuan perindustrian dan penambahbaikan landskap pelaburan yang diusahakan oleh MITI serta agensinya sejak Disember 2022.

Beliau juga menegaskan bahawa laporan media itu bukan kenyataan rasmi Tesla dan hanya berdasarkan ulasan daripada sumber yang identitinya dirahsiakan.

“Sebarang pengesahan laporan itu perlu dibuat oleh Tesla,” katanya kepada media pada Khamis.

Setakat ini tiada sebarang kenyataan dikeluarkan daripada Tesla berhubung isu itu.

Semalam, portal berita dalam talian Thailand The Nation memetik sumber enggan dikenali dalam kerajaan itu, melaporkan Tesla membatalkan rancangan membangunkan kilang di Malaysia, Thailand serta Indonesia.

Laporan itu menyatakan perbincangan Tesla pada masa ini hanya menjurus kepada usaha berkaitan stesen pengecasan dan menggantung rancangan membangunkan kilang bukan sahaja di Thailand tetapi di peringkat dunia.

\”Tesla tidak meneruskan (rancangan) di Malaysia, Indonesia atau lokasi lain kecuali di China, Amerika Syarikat dan Jerman,” lapor portal berita itu. -Livevartha

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...