SEPANG, 16 Februari – Kuala Lumpur kembali menjadi rangkaian antarabangsa syarikat penerbangan Turkmenistan Airlines sekali gus membolehkan Malaysia meneroka luas pasaran Asia Barat dan Rusia.
Pada masa sama, membuka ruang dalam mempromosikan pelancongan mesra Muslim.
Pengarah Kanan Bahagian Promosi Antarabangsa Tourism Malaysia, Iskandar Mirza Mohd Yusof berkata penerbangan dua kali seminggu oleh syarikat penerbangan itu dari Ashgabat ke Kuala Lumpur menjadikannya syarikat penerbangan kedua dari Asia Barat yang menawarkan laluan penerbangan ke Kuala Lumpur selepas Uzbekistan Airways.
Penerbangan dari Turkmenistan ke Malaysia dijadual pada setiap Selasa dan Khamis.
Manakala dari Malaysia ke Turkmenistan pada Rabu dan Khamis, dengan tempoh masa penerbangan dianggar 8 jam 10 minit.
\”Ini merupakan titik permulaan untuk kita meneroka pasaran Asia Barat dan Rusia yang tidak ada penerbangan terus. Jadi penerbangan seperti Turkmenistan Airlines ini dapat membantu membawa pelancong dari Rusia dan Asia Tengah datang ke Malaysia,\” katanya.
Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas menyambut ketibaan penerbangan sulung Turkmenistan Airlines di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA), di sini pada Khamis.
Tambah Iskandar Mirza, mengikut statistik, jumlah kehadiran pelancong Rusia ke Malaysiabagi tempoh Januari hingga November 2023 adalah sebanyak 100,645 orangdan ia merupakan peningkatan39.5 peratus berbanding pada 2019.