Sunday , 17 November 2024
Home Perniagaan Laksana penyelarasan semula subsidi, luaskan asas cukai
Perniagaan

Laksana penyelarasan semula subsidi, luaskan asas cukai

Laksana penyelarasan semula subsidi, luaskan asas cukai

Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan

KUALA LUMPUR, 5 Mac – Langkah penyelarasan semula subsidi serta meluaskan asas cukai perlu dilaksanakan bagi mengurangkan ketirisan, meluaskan ruang fiskal sebagai menampung perbelanjaan, sekali gus meningkatkan kualiti hidup rakyat.

Menteri Kewangan II Senator Datuk Seri Amir Hamzah Azizan menjelaskan,asas cukai negara ketika ini berada pada kadar 11.2 % daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) iaitu antara terendah di rantau ini.

Situasi itu berbanding Singapura yang sering dianggap sebuah negara dengan ekonomi yang mengenakan cukai terendah iaitu pada kadar 12.6 % .

\”Meskipun reformasi percukaian adalah perlu kerajaan tetap membuat penelitian sewajarnya bagi memastikan rakyat tidak terbeban dan pada masa sama ruang fiskal kekal mampan. Bawah Belanjawan 2024, kerajaan mengambil pendekatan yang lebih progresif sebagai langkah meningkatkan pendapatan negara. Antaranya melalui beberapa langkah reformasi percukaian,\” Amir Hamzah mengulas perkara itu, di Parlimen.

Dalam pada itu, Kerajaan MADANI komited mengukuhkan kedudukan kewangan negara dengan mampan supaya dapat menyokong agenda pembangunan dan kesejahteraan rakyat.

Sehubungan itu, satu perundangan baharu sedang digubal bagi melaksanakan cukai barangan bernilai tinggi pada kadar 5% dan 10%.

\”Cukai ini akan dikenakan berdasarkan nilai ambang tertentu yang ditetapkan bagi setiap barangan terlibat. Cukai ini juga bersifat progresif kerana ia dikenakanan atas mereka yang mampu membeli barang bernilai tinggi dan tidak membebankan golongan yang berpendapatan rendah.

\”Kerajaan terbuka untuk mengkaji langkah-langkah cukai yang boleh menambah hasil tanpa mendatangkan kesan jangka panjang bagi kemudian hari…dengan izin, \’far reaching impact\’,\” kata Amir Hamzah.

Katanya, langkah cukai perkhidmatan dianggar mampu menjana hasil tambahan negara sebanyak RM3 bilion.

Selain mengkaji langkah cukai baharu, usaha turutdigandakan bagi menangani ketirisan kutipan hasil cukai sedia ada di samping memastikan pihak yang sepatutnya membayar cukai, memenuhi tanggungjawab masing-masing.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...