Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan KWSP struktur semula akaun pencarum, akaun fleksibel diperkenal
Perniagaan

KWSP struktur semula akaun pencarum, akaun fleksibel diperkenal

KWSP struktur semula akaun pencarum, akaun fleksibel diperkenal

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024 / Foto Hiasan

KWASA DAMANSARA, 25 April – Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) mengumumkan inisiatif Penstrukturan Semula Akaun KWSP berkuat kuasa 11 Mei 2024.

Ketua Pegawai Eksekutif KWSP, Ahmad Zulqarnain Onn berkata ia bertujuan menambah baik keselamatan pendapatan persaraan di samping memenuhi keperluan kitaran hidup ahli.

Beliau berkata, akaun ahli akan distruktur semula daripada dua akaun iaitu akaun satu dan akaun dua kepada tiga akaun.

\”Tiga akaun tersebut termasuk akaun persaraan untuk mengumpul simpanan sebagai pendapatan semasa persaraan, akaun sejahtera untuk menangani keperluan kitaran hayat yang menyumbang kepada kesejahteraan semasa persaraan manakala akaun fleksibel sebagai akaun baharu untuk menyediakan fleksibiliti untuk keperluan kewangan jangka pendek dan simpanan dalam akaun ini boleh dikeluarkan pada bila-bila masa mengikut keperluan ahli,\” katanya menerusi kenyataan.

Tambah Ahmad Zulqarnain, fokus utama inisiatif penstrukturan semula akaun KWSP adalah untuk memperkasa ahli dalam membuat keputusan bagi mengimbangi keperluan masa depan untuk persaraan dengan keperluan kewangan jangka pendek, sederhana dan panjang.

Inisiatif itu juga katanya dapat membantu meningkatkan simpanan persaraan ahli supaya mereka menerima pendapatan persaraan yang mencukupi untuk membiayai kehidupan persaraan mereka kelak.

2504 bz kwsp struktur semula 2

\”Pada 11 Mei 2024, semua akaun ahli di bawah umur 55 tahun akan distruktur semula kepada tiga akaun. Baki dalam akaun satu dan akaun dua masing-masing akan kekal dalam akaun persaraan dan akaun sejahtera, manakala akaun fleksibel akan bermula dengan baki sifar.

\”Semua caruman selepas 11 Mei ini akan diperuntukkan ke dalam akaun baharu mengikut pecahan berikut iaitu 75 peratus ke dalam akaun persaraan, 15 peratus ke dalam akaun sejahtera dan 10 peratus ke dalam akaun fleksibel,\” katanya.

Ahmad Zulqarnain berkata, akaun fleksibel akan bermula dengan caruman baharu yang akan dikreditkan ke dalam akaun ahli selepas tarikh pelaksanaan.

\”Sekiranya ahli membuat pilihan untuk mempunyai amaun permulaan, pindahan amaun permulaan ke akaun fleksibel dan akaun-akaun yang lain (jika berkenaan) adalah berdasarkan jumlah baki yang terdapat dalam akaun Sejahtera ahli tersebut pada tarikh permohonan pilihan dibuat oleh ahli,\” katanya.

Simpanan dalam akaun fleksibel boleh dikeluarkan oleh ahli pada bila-bila masa untuk sebarang tujuan tertakluk kepada amaun minimum pengeluaran sebanyak RM50.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...