Home Perniagaan Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat
Perniagaan

Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat

Kontrak niaga hadapan MSM dijangka meningkat

FOTO HIASAN

KUALA LUMPUR, 1 September- Kontrak niaga hadapan minyak sawit mentah (MSM) di Bursa Malaysia Derivatives dijangka terus meningkat minggu depan.

Jangkaan itu didorong oleh kebimbangan terhadap prospek pengeluaran yang lembap.

Harga MSM dijangka didagangkan antara RM3,850 ringgit hingga RM4,050 satu tan metrik, walaupun terdapat jangkaan aktiviti pengambilan untung.

Aktiviti itu mungkin menekan harga dalam lingkungan RM3,700 hingga RM3,800 satu tan metrik.

Sepanjang minggu ini, kontrak bulan semerta September 2024 meningkat RM99 kepada RM4,075 satu tan metrik.

Manakala kontrak Disember 2024 melonjak RM94 kepada RM3,945 satu tan metrik.

Jumlah dagangan mingguan juga naik kepada 366,765 lot, dengan harga MSM fizikal bagi Ogos Selatan meningkat RM100 kepada RM4,100 satu tan.

Related Articles

Perniagaan

Kekuatan niaga hadapan emas dijangka berkurangan minggu depan

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia...

Perniagaan

Ringgit meningkat semula untuk ditutup tinggi berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 11 Oktober- Ringgit meningkat semula berbanding dolar Amerika Syarikat...

Perniagaan

FBM KLCI dibuka rendah, suasana pasaran kekal positif

Foto FailKUALA LUMPUR, 11 Oktober– Indeks barometer Bursa Malaysia dibuka rendah, sejajar...

Perniagaan

Ringgit dijangka diniagakan berhati-hati minggu depan

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 12 Oktober- Ringgit dijangka diniagakan secara berhati-hati dan kekal...