Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Kontrak niaga hadapan emas ditutup rendah
Perniagaan

Kontrak niaga hadapan emas ditutup rendah

(Foto fail)

KUALA LUMPUR, 12 September- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives ditutup rendah sedikit pada Selasa berikutan pembetulan teknikal ketika para pelabur menunggu pengumuman Indeks Harga Pengguna (IHP) Amerika Syarikat (AS) pada lewat hari ini, kata penganalisis.

Faktor lain seperti kadar faedah di AS juga menjadi tumpuan utama pelabur kerana kenaikan kadar tidak akan memberi prospek yang baik kepada emas.

Pada penutup dagangan, kontrak September 2023 merosot kepada US$1,923.20 setiap auns troy daripada US$1,931.60 pada Isnin manakala Oktober 2023 susut kepada US$1932.80 setiap auns troy daripada US$1941.20.

Kontrak November 2023, Disember 2023, Februari 2024 dan April 2024 masing-masing ditutup pada US$1,941.40 setiap auns troy.

Jumlah dagangan naik kepada 16 lot daripada dua lot pada Isnin manakala kepentingan terbuka meningkat kepada 69 kontrak daripada 53 kontrak.

Harga emas fizikal berada pada US$1,924.95 setiap auns troy seperti yang diterbitkan oleh London Bullion Market Association pada 11 September. -Livevartha

(Kontrak niaga hadapan emas ditutup rendah)

 

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...