Thursday , 26 December 2024
Home Perniagaan Kontrak niaga hadapan emas dijangka didagangkan tinggi minggu depan
Perniagaan

Kontrak niaga hadapan emas dijangka didagangkan tinggi minggu depan

Kontrak niaga hadapan emas dijangka didagangkan tinggi minggu depan

Foto Fail

KUALA LUMPUR, 6 Julai (Bernama)- Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka didagangkan lebih tinggi dalam julat US$2,360 hingga US$2,380 setiap auns troy minggu depan.

Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia, Bhd Dr Mohd Afzanizam Rashid berkata harga emas mungkin kekal tinggi minggu depan.

“Ia susulan jangkaan bahawa Kadar Dana Persekutuan akan turun pada September depan,” katanya kepada Bernama.

Bagi asas Jumaat ke Jumaat kontrak Julai 2024 meningkat kepada US$2,370.50 setiap auns troy daripada US$2,335.70 auns troy sebelumnya manakala Ogos 2024 melonjak kepada US$2,386.50 auns troy daripada US$2,351.70 auns troy.

Kontrak September 2024, Oktober 2024, Disember 2024 dan Februari 2025, masing-masing menokok kepada US$2,386.50 auns troy berbanding US$2,351.70 auns troy seminggu sebelumnya.

Jumlah dagangan niaga hadapan emas di pasaran tempatan merosot kepada 42 lot daripada 84 lot pada minggu sebelumnya manakala kepentingan terbuka susut kepada enam kontrak daripada 36 kontrak pada minggu sebelumnya.

Harga emas fizikal pada US$2,358.65 setiap auns troy mengikut penetapan tengah hari London Bullion Market Association pada 4 Julai 2024.

Pasaran akan ditutup pada Isnin, 8 Julai 2024 sempena cuti umum Awal Muharram dan akan dibuka semula pada 9 Julai 2024.- Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...