KUALA LUMPUR, 9 Mei- Kontrak niaga hadapan Kadar Tawaran Antara Bank Kuala Lumpur (KLIBOR) tiga bulan di Bursa Malaysia Derivatives kekal tidak diniagakan semasa sesi dagangan pagi pada Khamis.
Pada pukul 9.30 pagi, kontrak Mei 2024, Jun 2024, Julai 2024 dan September 2024 masing-masing disandarkan pada 96.45.
Jumlah dagangan dan kepentingan terbuka masing-masing kekal sifar. -Livevartha