Saturday , 16 November 2024
Home Perniagaan Kontrak hadapan emas dijangka didagangkan pada paras semasa minggu depan
Perniagaan

Kontrak hadapan emas dijangka didagangkan pada paras semasa minggu depan

Kontrak hadapan emas dijangka didagangkan pada paras semasa minggu depan

Foto Hiasan / Fail

KUALA LUMPUR, 6 Januari – Kontrak niaga hadapan emas di Bursa Malaysia Derivatives dijangka berada pada paras semasa minggu depan ekoran ketidakpastian dalam ekonomi global.

Pengarah Urusan SPI Asset Management, Stephen Innes berkata pembeli menunggu data pekerjaan Amerika Syarikat (AS) yang akan dikeluarkan minggu depan memandangkan perkara itu akan menentukan hala tuju pasaran.

“Laporan pekerjaan bagi Disember, yang dijadual dikeluarkan kemudian, mempunyai potensi untuk mempengaruhi pasaran emas minggu depan,” katanya kepada Bernama.

Bagi dagangan yang baru berakhir minggu ini, jumlah dagangan dalam pasaran tempatan melonjak kepada 891 lot daripada 420 lot yang didagangkan pada minggu lepas.

Kepentingan terbuka meningkat kepada 313 kontrak daripada 134 kontrak sebelumnya.

Pada asas mingguan, Januari 2024 turun kepada AS$2,048.90 setiap auns troy daripada AS$2,075.20 sebelum ini manakala Februari 2024 susut kepada AS$2,058.60 setiap auns troy daripada AS$2,095.00 setiap auns troy.

Kontrak bagi Mac 2024, April 2024 dan Jun 2024 masing-masing diselesaikan lebih rendah pada AS$2,065.10 setiap auns troy berbanding AS$2,074.10 seminggu sebelumnya.

Harga emas fizikal berada pada AS$2,039.55 setiap auns troy, menurut penetapan petang oleh Persatuan Pasaran Jongkong London pada 4 Jan, 2024.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...