Saturday , 21 December 2024
Home Perniagaan Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTM

KUALA LUMPUR, 9 September – Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan bagi memperkasa gerakan koperasi dalam industri Ar-Rahnu dan emas.

Presiden Angkatan Koperasi Kebangsaan Malaysia Berhad (ANGKASA), Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah berkata pihaknya berhasrat untuk meningkatkan bilangan koperasi dalam industri tersebut selain mengembangkan potensinya ke peringkat antarabangsa.

Beliau berkata, pada masa ini terdapat 67 koperasi yang aktif dalam industri Ar-Rahnu dengan penguasaan pasaran sebanyak 20 peratus, bersamaan dengan nilai RM5 bilion.

\”Kita mencadangkan untuk meningkatkan penguasaan pasaran, jika tidak 100 peratus, sekurang-kurangnya separuh daripada jumlah potensi pasaran Ar-Rahnu dalam masa terdekat,\” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri sesi dialog Hala Tuju Perniagaan Ar-Rahnu dan Emas Gerakan Koperasi, di sini.

Dr. Abdul Fattah turut berharap penubuhan konsortium itu akan membantu koperasi menangani cabaran dalam perniagaan Ar-Rahnu, termasuk keperluan modal untuk pengembangan dan kekurangan tenaga mahir.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...