Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Keuntungan MAHB suku kedua 2024 meningkat
Perniagaan

Keuntungan MAHB suku kedua 2024 meningkat

Keuntungan MAHB suku kedua 2024 meningkat

Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM205.80 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2024 / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 31 Ogos – Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) mencatatkan keuntungan bersih sebanyak RM205.80 juta bagi suku kedua yang berakhir pada 30 Jun 2024, melonjak dua kali ganda daripada RM102.53 juta yang direkodkan pada suku yang sama tahun lalu.

MAHB memaklumkan perolehan syarikat turut meningkat sebanyak 11.9 peratus kepada RM1.37 bilion berbanding RM1.23 bilion bagi tempoh yang sama.

\”Prestasi ini didorong oleh peningkatan jumlah penumpang, terutamanya melalui operasi syarikat penerbangan baharu serta penyambungan semula laluan dan perkhidmatan baharu.

\”Selain itu, pelaksanaan dasar tanpa visa selama 30 hari kepada pelancong dari China dan India, serta musim haji, turut menyokong peningkatan perolehan,\” menurut MAHB menerusi kenyataan.

Pengendali lapangan terbang itu turut memaklumkan bagi tempoh setengah tahun terkumpul, keuntungan bersih meningkat dua kali ganda kepada RM395.79 juta berbanding RM160.71 juta pada tempoh yang sama tahun lalu.

Perolehan juga naik kepada RM2.73 bilion daripada RM2.26 bilion.

MAHB menjangkakan pertumbuhan seterusnya bagi tahun kewangan 2024 dan terus bekerjasama rapat dengan kerajaan untuk menambah baik pengalaman penumpang, termasuk melancarkan proses ketibaan dengan menambah kemudahan eGate bagi pelancong dari 63 negara, termasuk China dan India.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...