Home Perniagaan Ketidaktentuan ​penawaran, permintaan dijangka pengaruhi pasaran getah minggu depan
Perniagaan

Ketidaktentuan ​penawaran, permintaan dijangka pengaruhi pasaran getah minggu depan

Ketidaktentuan ​penawaran, permintaan dijangka pengaruhi pasaran getah minggu depan

Ketidaktentuan dalam penawaran dan permintaan akan terus mempengaruhi pasaran getah Malaysia pada minggu akan datang, yang dijangka diniagakan dalam jajaran kecil / Foto Hiasan

KUALA LUMPUR, 24 Februari – Ketidaktentuan dalam penawaran dan permintaan akan terus mempengaruhi pasaran getah Malaysia pada minggu akan datang, yang dijangka diniagakan dalam jajaran kecil.

Bekas Presiden Persatuan Pengeluar Sarung Tangan Getah Malaysia, Denis Low berkata peserta pasaran dijangka menghadapi masalah kekurangan bekalan dalam proses penyimpanan stok disebabkan ketidakaktifan dan pengeluaran yang lebih rendah oleh peladang getah di tengah-tengah musim hujan di beberapa wilayah.

\”Pasaran mungkin diniagakan dalam jajaran kecil dengan kecenderungan mendatar.

\”Ini dijangkakan sekiranya agensi kerajaan menjalankan beberapa langkah penghabisan stok,\” katanya kepada Bernama.

Sementara itu seorang peniaga berkata pasaran getah tempatan menyaksikan kenaikan harga pada minggu yang baru berakhir dengan harga Getah Mutu Malaysia 20 (SMR 20) pada Khamis mencatatkan paras tertinggi baharu sejak Februari 2022 sebagai tindak balas terhadap kekurangan getah asli global yang semakin membimbangkan.

\”Pengendali pasaran akan terus memantau petunjuk ekonomi Amerika Syarikat dan langkah-langkah rangsangan selanjutnya dari China minggu depan,\” katanya.

Bagi asas mingguan, harga rujukan Lembaga Getah Malaysia (LGM) untuk SMR 20 naik 28 sen kepada 756 sen kilogram pada Jumaat berbanding 728 sen pada minggu sebelumnya, manakala lateks pukal menokok 8.5 sen kepada 693.5 sen daripada 685.0 sen sebelumnya.

Pada 5 petang Jumaat, harga rujukan LGM bagi getah fizikal SMR 20 berada pada 759.5 sen sekilogram manakala lateks pukal pada 695.5 sen sekilogram.-Livevartha

Related Articles

Perniagaan

Deposit MADANI atasi kesukaran memiliki untuk pembeli kali pertama

Pengurus Negara PropertyGuru, Kenneth SohKUALA LUMPUR, 2 Oktober – Cadangan inisiatif deposit...

Perniagaan

Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 3 Oktober- Ringgit dibuka hampir tidak berubah berbanding dolar...

Perniagaan

Bursa Malaysia catat sedikit penurunan selepas kenaikan awal

FOTO HIASANKUALA LUMPUR, 30 September- Bursa Malaysia dibuka tinggi pada Isnin tetapi...

Perniagaan

NSRF berperanan pupuk ketelusan & akauntabiliti pelaporan kemampanan

Presiden Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Datuk Abdul Rahman Ahmad KUALA LUMPUR,...