Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Kertas putih dasar gaji progresif dibentang pada sidang Parlimen akan datang
Perniagaan

Kertas putih dasar gaji progresif dibentang pada sidang Parlimen akan datang

(FOTO FAIL)

KUALA LUMPUR, 27 September – Kertas putih cadangan pelaksanaan dasar gaji progresif akan dibentang dalam persidangan Dewan Rakyat akan datang.

Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli berkata mekanisme pelaksanaan akan diterangkan dengan lebih jelas bagi mendapatkan penglibatan dan cadangan daripada semua pihak berkepentingan

(Menteri Ekonomi, Rafizi Ramli)

\”Ini adalah satu perkara yang betul-betul mencabar dan kita perlu rancang dengan teratur supaya kita boleh mula bangunkan satu kerangka dasar gaji kita perlu campur tangan terus di dalam soal gaji,\” katanya.

Rafizi berkata demikian ketika menggulung perbahasan usul Kajian Separuh Penggal (KSP) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi kementeriannya di Dewan Negara, pada Rabu.

Tambah Rafizi, sekiranya kerajaan tidak campur tangan dan dasar tersebut tidak dilaksanakan, dibimbangi rakyat tidak dapat menikmati limpahan ekonomi.

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...