Friday , 20 September 2024
Home Perniagaan Kerajaan sokong program SME Bank XCESS, pacu pertumbuhan PMKS
Perniagaan

Kerajaan sokong program SME Bank XCESS, pacu pertumbuhan PMKS

(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick)

KUALA LUMPUR, 21 September– Kerajaan menyokong penuh program SME Bank XCESS yang dianjurkan oleh SME Bank sebagai komitmen berterusan dalam memacu pertumbuhan perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) secara lebih inklusif dan mampan.

Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick berkata program ini peluang terbaik untuk berinteraksi dan berbincang dengan pelabur, pemasar dan agensi-agensi untuk meningkatkan kapasiti serta keperluan pasaran.


(Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick)

\”Bagi pihak kementerian, saya berharap para usahawan khususnya PMKS mengunakan XCESS 2023 ini untuk membangunkan perusahaan mereka, kerana ini merupakan satu platform rangkaian padanan perniagaan\”, katanya.

Bagi tahun ini, SME Bank telah membawa seramai 100 rakan strategik yang terdiri daripada pempamer, panel speaker dan pembeli dari luar negara.

Daripada jumlah itu, 24 pembeli daripada negara-negara ASEAN dan juga India telah dibawa bagi menghubungkan usahawan tempatan dengan pasaran luar.

Datuk Ewon berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran SME Bank XCESS 2023 di ibu negara.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...