Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Kerajaan serius leraikan isu industri minyak sawit – Johari
Perniagaan

Kerajaan serius leraikan isu industri minyak sawit – Johari

Kerajaan serius leraikan isu industri minyak sawit – Johari

Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani merasmikan Kilang Penapisan Sarawak Oil Palms 2 di Fasa 2 Kawasan Perindustrian Kidurong di sini, hari ini.

BINTULU, 27 April- Kerajaan serius dalam usaha meleraikan isu membabitkan industri minyak sawit negara yang boleh memberi impak sekiranya tidak ditangani, kata Menteri Perladangan dan Komoditi, Datuk Seri Johari Abdul Ghani.

Beliau berkata isu berkaitan alam sekitar dan sosial misalnya boleh menjejaskan potensi eksport, terutamanya dalam kedudukan negara yang menghasilkan 18.5-18.6 tan metrik minyak sawit mentah (MSM).

Malah beliau berkata ini akan turut menjejaskan kerajaan Persekutuan dan Negeri yang menerima manfaat daripada industri berkenaan dari segi kutipan cukai selain turut memberi kesan ke atas hampir sejuta pekerja dan 450,000 pekebun kecil di seluruh negara.

“Untuk makluman bersama, kita sedang menghadapi isu besar dunia pada masa ini. Anda tidak melihatnya sebelum ini, namun dalam tempoh 15 tahun lepas, ke mana pun anda pergi, orang akan bercakap mengenai alam sekitar.

“Jika isu ini tidak ditangani, kita juga yang akan terjejas. Oleh itu, kerajaan perlu mengaudit (di bawah skim pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO),” katanya.

Johari berkata demikian ketika merasmikan Kilang Penapisan Sarawak Oil Palms 2 di Fasa 2 Kawasan Perindustrian Kidurong di sini, hari ini.

Mengulas lanjut beliau berkata Malaysia juga tidak boleh dikenakan tindakan penalti jika didapati tidak mematuhi prinsip dan kriteria Meja Bulat Mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO).

“Dalam setiap kesempatan menemui wakil Kesatuan Eropah (EU), saya sentiasa tekankan jika mereka tidak berpuas hati dengan isu di Malaysia, maka mereka sepatutnya bekerjasama erat dengan kita bagi membolehkan negara seperti kita menjadi penanda aras dunia dari segi minyak makan.

“Ini memandangkan bagi setiap hektar tanah yang digunakan, kita boleh menghasilkan 3.3 juta tan minyak makan berbanding minyak soya, minyak biji sesawi atau minyak bunga matahari yang hanya menghasilkan kurang daripada satu tan sehektar minyak berkenaan,” katanya.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...