Sunday , 22 September 2024
Home Perniagaan Kerajaan salur Wang Ihsan RM172.3 juta kepada Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan
Perniagaan

Kerajaan salur Wang Ihsan RM172.3 juta kepada Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan

Kerajaan salur Wang Ihsan RM172.3 juta kepada Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan

Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan Wang Ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lepas bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri / Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 8 April – Kerajaan Persekutuan telah menyalurkan Wang Ihsan berjumlah RM172.3 juta kepada kerajaan Terengganu dan RM58.6 juta kepada Kelantan, minggu lepas bagi membiayai komitmen emolumen kerajaan negeri.

Kementerian Kewangan (MOF) memaklumkan, selain itu bayaran RM103.1 juta diberikan kepada kerajaan Terengganu untuk obligasi kerajaan negeri kepada kontraktornya.

MOF berkata sebarang baki Wang Ihsan akan tetap digunakan untuk Terengganu dan Kelantan melalui projek atau program cakna rakyat seperti program basmi kemiskinan dan projek infrastruktur asas demi kesejahteraan rakyat di negeri tersebut.

\”Kerajaan MADANI sentiasa bersikap adil dan saksama dalam hal pemberian kepada semua kerajaan negeri.

\”Ini dicerminkan melalui peningkatan Pemberian Kerajaan Persekutuan kepada kerajaan negeri serta Peruntukan Pembangunan untuk semua negeri bagi tahun 2023 dan 2024,\” menurut MOF menerusi kenyataan.

Menurut kenyataan itu, tahun lepas, Wang Ihsan petroleum sebanyak RM786 juta telah disalurkan kepada Kerajaan Terengganu dan RM200 juta kepada Kerajaan Kelantan oleh Kerajaan MADANI.

MOF menjelaskan pemberian Wang Ihsan bukan merupakan pemberian Kerajaan Persekutuan yang termaktub dalam undang-undang.

Related Articles

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM
Perniagaan

Kadar jangka pendek dijangka stabil susulan operasi BNM

Foto HiasanKUALA LUMPUR, 10 September– Kadar jangka pendek dijangka kekal stabil hari...

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan
Perniagaan

Konsortium Koperasi Ar-Rahnu bakal ditubuhkan

Datuk Seri Dr. Abdul Fattah Abdullah / Foto RTMKUALA LUMPUR, 9 September...

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak
Perniagaan

Pasaran hartanah Malaysia separuh pertama 2024 melonjak

Timbalan Menteri Kewangan, Lim Hui Ying di Pelancaran Laporan Pasaran Harta Separuh...

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini
Perniagaan

Tiga geran digital 2024 dibuka hari ini

Gambar hiasanKUALA LUMPUR, 9 September – Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) membuka...