Monday , 23 December 2024
Home Perniagaan Kerajaan pastikan reformasi fiskal beri manfaat kepada rakyat, negara
Perniagaan

Kerajaan pastikan reformasi fiskal beri manfaat kepada rakyat, negara

Kerajaan pastikan reformasi fiskal beri manfaat kepada rakyat, negara

Kerajaan akan terus memastikan komitmen reformasi fiskal dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara / Foto Hiasan

PUTRAJAYA, 16 Ogos – Kerajaan akan terus memastikan komitmen reformasi fiskal dapat memberi manfaat kepada rakyat dan negara.

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berharap penstrukturan semula ekonomi negara menerusi ekonomi MADANI akan dapat dinikmati oleh semua pihak.

\”Tentunya dalam Belanjawan MADANI Ketiga yang bakal dibentangkan Oktober ini akan terus menyokong hasrat Ekonomi MADANI iaitu untuk menstruktur semula dan menaikkan ekonomi Malaysia supaya limpahan hasil nya itu dapat kita laksana dengan sebaik mungkin,\” katanya.

Beliau berkata demikian semasa berucap pada Majlis Amanat Perdana Perkhidatan Awam ke-19 (MAPPA), di sini.

Tambah Anwar, kerajaan telah menambah baik pelbagai bantuan untuk meringankan beban rakyat.

Antaranya menerusi Peruntukan Sumbangan Tunai Rahmah (STR), Sumbangan Asas Rahmah (SARA), perluasan skop penerima Bantuan Awal Persekolahan (BAP) kepada semua murid, Insentif Pengeluaran Getah serta menambah baik kehidupan golongan orang kurang upaya (OKU).

Related Articles

Perniagaan

Kerajaan fokus optimum perbelanjaan, tingkatkan hasil

Rafizi RamliKUALA LUMPUR, 14 Oktober- Kerajaan masih mempunyai ruang untuk mengoptimumkan perbelanjaan,...

Perniagaan

Pelabur asing teruskan penjualan ekuiti domestik untuk minggu ketiga

FOTO RTMKUALA LUMPUR, 14 Oktober– Pelabur asing meneruskan penjualan ekuiti domestik untuk...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Perlu adil, inklusif untuk semua golongan

Profesor Madya Dr Nuradli Ridzwan pada temu bual program Selamat Pagi Malaysia...

Perniagaan

Belanjawan 2025: Dana perkasa Industri Seni dan Kreatif

FOTO RTM / LivevarthaKUALA LUMPUR, 13 Oktober– Menjelang Belanjawan 2025, penggiat seni...