KUALA LUMPUR, 17 April- Kerajaan dijangka mempertimbangkan mekanisme apungan terurus bagi menentukan harga bahan api, berikutan pelaksanaan subsidi bersasar.
Menurut Ketua MIDF Research, Imran Yassin Mohd Yusof, kaedah itu membolehkan harga bahan api lebih terkawal berbanding mekanisme apungan terus.
Jelasnya, kaedah apungan terus akan meningkatkan lagi kegusaran pengguna dan mendorong peningkatan inflasi secara mendadak.
\”Jadi apa yang kami jangkakan, adalah lebih kepada \’apungan terurus\’, di mana kerajaan mungkin akan melihat harga minyak mentah berbanding dengan harga di pasaran, mungkin akan memberikan mengawal harga bahan api melalui kaedah itu.
\”Daripada segi subsidi akan diberi kepada golongan yang memerlukan menggunakan pangkalan data daripda PADU,\”katanya.
Beliau yakin, golongan yang terkesan daripada impak kenaikan harga barang, susulan rasionalisasi subsidi akan dibantu menerusi rangsangan tunai.
Tambahnya, pengapungan harga bahan api akan membantu mengurangkan defisit fiskal, namun memberi tekanan terhadap inflasi.
Namun, unjuran kadar inflasi pada 3.2% tahun ini masih berada dalam paras terkawal dan berupaya memastikan ekonomi negara terus berkembang.